20 Nasihat Untuk Wanita Sholihah
Untuk suami yg mempunyai istri sholehah
Dan Wahai Isteri2 yang mempunyai suami
ingatlah nasihat ini
------ ----- ------ ----- ------ -----
Akan 20 nasihat kami
- Mintalah redha cium tangannya dan selalu minta maaf-insyaallah kami terima seadanya. Surah Taghabun Ayat 14-16.
- Jangan gunakan lidahmu untuk menghina suami yang susah sedangkan dia bekerja kuat. Surah Taubah Ayat 105.
- Ketika dia hadir melihatmu,ikutilah arahannya diminta berdiri dan duduk lakukan (kami dengar dan kami patuh), sila rujuk ayat ini. Surah Nur Ayat 51.
- Wangikan badanmu ketika suami berhajat kepadamu kamu adalah ladang2 kami, moga khidmatmu dibalas dengan penuh keberkatan. Surah Al Baqarah Ayat 222-223.
- Amalkan 10 sifat wanita yang Allah jelaskan, diantaranya sabarlah dengan perangai anak2 (wajibkan mereka menutup aurat).Surah Ahzab Ayat 35/aurat
- Wahai isteri, jangan riak(menunjuk-nunjuk) apa yang telah engkau hadiahkan kepada suamimu (kerana itu membathalkan pahalamu). Surah Furqan Ayat 23.
- Berdoalah kepada Allah apabila suami itu kasar kepadamu, serta beri nasihat dengan penuh kasih sayangb (bukan menghina/terus mengkritik). Surah Rum Ayat 21.
- Janganlah kamu jadi wanita nusyuz (derhaka tidak ta'at dalam kebaikan dan kewajiban) nescaya para malaikat melaknat kamu atas perbuatan zalim kepada kami (sebab itulah Allah ajar kami 3 keadaan). Apabila derhaka. 1. Beri nasihat. 2. Asingkan tempat tidur. 3. Pukul dalam batasan syara kalau pukulan itu memberi manafaat (berubah).Surah Nisa' Ayat 34-36.
- Hadirkan sifat kasihan kepada suami yang telah lama bersama denganmu, dan jangan bersangka buruk secara berlebihan (kerana syaithan menyuruh kita bercerai-berai). Surah Maidah Ayat 77.
- Buatlah persiapan apabila jatuh sakit suami, jangan tinggalkan kerana setiap bahagian kamu rawat (jaga) pahala untukmu. Surah Al Anfal Ayat 60.
- Kawallah nafsumu,jangan bandingkan kenapa keluarga kaya sedangkan kita miskin,itu melukakan perasaan suamimu. Surah Annaziat Ayat 40-42.
- Rendahkan pandangan ketika suamimu marah serta jangan melawan mulut(ada sebab kenapa kami lakukan begitu-kamu insaf diri). Surah Luqman Ayat 19.
- Ketika mengembara dengan suami,duduk dibelakangnya(dan pegang tangan kami)-sebagai satu penghormatan yang besar. Surah Hajj Ayat 46.
- Kenalilah benda yang dibenci dan tidak disukai oleh suami dalam tindakan(mungkin kamu terlupa dan tersilap)abang ajar sayang. Surah Al Baqarah Ayat 286.
- Apabila suami lalai dalam menuntut ilmu,ingatkan abang itu adalah imam bagi makmum(satu keluarga)perlu kepada kefahaman yang jelas untuk didik kami lalai. Surah Taubah Ayat 122.
- Siisteri mesti berhati2 jangan masuk perut (mengandung) daripada sumber yang haram kerana dia membentuk ruh anak2 itu. Surah Nisa' Ayat 10.
- Ketiadaan suami,hidupkan rumah itu dengan membaca alquran secara tadabbur (ambil faham) mana suruhan/larangan dan banyakkan tekankan adab2 dalam islam. Surah Muhammad Ayat 24.
- Banyakkan syukur daripada kufur,yang penting suami balik kerumah(melihat kamu satu keluarga),dan diuruskan keperluan kamu. Surah Insan Ayat 3.
- Teguhkan pendirian berjuanglah dalam jamaah(bersama suami)walaupun dia telah mati(ini merupakan wasiat terakhir hidupmu). Surah Ibrahim Ayat 27.
- Moga suamimu akan bersama kamu kedalam syurga dan boleh rujuk ayat ini. Surah Zukhruf Ayat 70-72.
Surah Tur Ayat 21-28.
Surah Ghafir/Mukmin Ayat 7-9.
Bersama
Muslimin/Muslimat.
Ambil ilmu ini insyaallah moga bermanfaat.
Komentar
Posting Komentar
Kritik dan saran silahkan lampirkan komentar anda